Tuesday, 23 August 2011

HARI-HARI TERAKHIR RAMADHAN AL MUBARAK

Minggu ini adalah minggu terakhir bulan Ramadhan tahun ini.  Hanya beberapa hari lagi, bulan yang mulia akan berlalu pergi.  Begitu cepat masa berjalan.

Kalau mengikut riwayat, Nabi Muhammad SAW menghabiskan malam-malam terakhir Ramadhan ini dengan berikhtikaf di Masjid. Jika umah dapat mengikut jejak Baginda, tentulah amat baik sekali.

Tapi kelihatannya kebanyakan orang sudah mula sibuk ke tempat-tempat di mana ada tawaran-tawaran istimewa dilakukan.  Tak cukup siang, membawa sampai ke malam,

Kalau kita pergi ke Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India, jenuh dengan orang saja.  Memang orang-orang Melayu bershopping sakan.  Banyak yang terus berbuka di luar.

Tak cukup dengan itu, semakin ramai pula orang berkunjung ke sana sampai ke awal pagi di minggu akhir ini.  Penuh sesak dibuatnya.  Masjid dan surau pula semakin lengang!

7 comments:

  1. Salam Anis.
    Semakin jelas, banyak orang Melayu la!

    ReplyDelete
  2. Salam Anis.
    Ya la! Dah jadi budaya pulak!

    ReplyDelete
  3. Salam Anis.
    Begitu la adanya!

    ReplyDelete
  4. Aslmkm.
    Mohon maaf la ya.
    Kak G lewat berkunjung balas kerana terkekang waktu - kiranya angkara terlalu ambitious!
    Kita mulakan dengan diri sendiri. Jangan contohi la. Kan?
    Jom kita maksimakan usaha di hari-hari akhir Ramadhan tahun ni. Insya Allah, diberkati

    ReplyDelete
  5. Salam Anis.
    Betul tu! Masjid pun sudah lengang.

    ReplyDelete
  6. Salam Anis.
    Tu la gayanya orang Melayu!

    ReplyDelete
  7. Salam Anis.
    Esok dah raya!
    Selamat Hari Raya.

    ReplyDelete