Boring pula arini. Tetiba teringat nak jengok laman maya ni.
Waduh! Lama sungguh diabaikan! Diam tak diam dah hampir 2 tahun terabai.
Habit hangat-hangat tahi ayam laaaaa! Tambahan lagi kawan takde! Huhuhu!
Ni gi jalan-jalan rasenyer ...
LAMAN BLOG ANIS
Im just me. Simple and nice.
Monday, 22 July 2013
Sunday, 23 October 2011
TAK SUKER LA
Kenapa pula layoutnya jadi cenggini? Dah cantik lawa, ditukarkan pula. Kalau lebih baik, tak apalah juga. Ini dah lebih teruk pula.
Ingatkan sendiri punya saja buat hal. Rupanya menyeluruh! Rasanya la, sebab blog lain yang sempat dilawati tadi juga memberi gambaran sama.
Aduh! Tak suker la!
Monday, 3 October 2011
MENGELUH SAJA
Sebelum masuk bulan Oktober, wang gaji sudah tinggal separuh. Mana tidaknya? Banyak bil kad kredit yang kena bayar akibat berbelanja Raya.
Baru masuk beberapa hari bulan Oktober, hanya suku saja. Dua minggu lebih lagi barulah dapat gaji baru.
Perit rasanya. Tetapi tak berdaya nak buat apa. Hanya mengeluh saja la!
Saturday, 24 September 2011
SYAWAL SUDAH DIPENGHUJUNG
Cepatnya masa berjalan. Rasa baru saja kita selamat menyempurnakan puasa dan ibadah di bulan Ramadhan.
Punya asyik beraya, hampir sudah empat minggu berlalu. Kini Syawal pun sudah di penghujungnya. Tiba-tiba seram pula. Cepatnya kita menua!
Tuesday, 30 August 2011
HARI RAYA AIDILFITRI
Alhamdulillah, kewajipan Ramadhan sudah dapat dilaksanakan dengan baik. Hari ini kita merayakan kejayaannya pula.
SELAMAT HARI RAYA
A I D I L F I T R I
A I D I L F I T R I
Maaf batin dan zahir.
Semoga kita akan terus mendapat barakah. Amin.
Tuesday, 23 August 2011
HARI-HARI TERAKHIR RAMADHAN AL MUBARAK
Minggu ini adalah minggu terakhir bulan Ramadhan tahun ini. Hanya beberapa hari lagi, bulan yang mulia akan berlalu pergi. Begitu cepat masa berjalan.
Kalau mengikut riwayat, Nabi Muhammad SAW menghabiskan malam-malam terakhir Ramadhan ini dengan berikhtikaf di Masjid. Jika umah dapat mengikut jejak Baginda, tentulah amat baik sekali.
Tapi kelihatannya kebanyakan orang sudah mula sibuk ke tempat-tempat di mana ada tawaran-tawaran istimewa dilakukan. Tak cukup siang, membawa sampai ke malam,
Kalau kita pergi ke Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India, jenuh dengan orang saja. Memang orang-orang Melayu bershopping sakan. Banyak yang terus berbuka di luar.
Tak cukup dengan itu, semakin ramai pula orang berkunjung ke sana sampai ke awal pagi di minggu akhir ini. Penuh sesak dibuatnya. Masjid dan surau pula semakin lengang!
Saturday, 30 July 2011
SELAMAT BERPUASA
Insya Allah mulai besok orang-orang Islam akan melakukan ibadah puasa wajip. Di bulan Ramadhan yang mulia ini kita digalakkan menggandakan ibadah kerana ganjaran pahala yang berganda.
Bersempena dengan sambutan Ramadhan Al Mubaraq, saya juga amat mengalukannya.Kepada semua umat Islam saya ucapkan:
SELAMAT MENYAMBUT
RAMADHAN
AL MUBARAQ
AL MUBARAQ
Subscribe to:
Posts (Atom)