Minggu ini adalah minggu terakhir bulan Ramadhan tahun ini. Hanya beberapa hari lagi, bulan yang mulia akan berlalu pergi. Begitu cepat masa berjalan.
Kalau mengikut riwayat, Nabi Muhammad SAW menghabiskan malam-malam terakhir Ramadhan ini dengan berikhtikaf di Masjid. Jika umah dapat mengikut jejak Baginda, tentulah amat baik sekali.
Tapi kelihatannya kebanyakan orang sudah mula sibuk ke tempat-tempat di mana ada tawaran-tawaran istimewa dilakukan. Tak cukup siang, membawa sampai ke malam,
Kalau kita pergi ke Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India, jenuh dengan orang saja. Memang orang-orang Melayu bershopping sakan. Banyak yang terus berbuka di luar.
Tak cukup dengan itu, semakin ramai pula orang berkunjung ke sana sampai ke awal pagi di minggu akhir ini. Penuh sesak dibuatnya. Masjid dan surau pula semakin lengang!
Salam Anis.
ReplyDeleteSemakin jelas, banyak orang Melayu la!
Salam Anis.
ReplyDeleteYa la! Dah jadi budaya pulak!
Salam Anis.
ReplyDeleteBegitu la adanya!
Aslmkm.
ReplyDeleteMohon maaf la ya.
Kak G lewat berkunjung balas kerana terkekang waktu - kiranya angkara terlalu ambitious!
Kita mulakan dengan diri sendiri. Jangan contohi la. Kan?
Jom kita maksimakan usaha di hari-hari akhir Ramadhan tahun ni. Insya Allah, diberkati
Salam Anis.
ReplyDeleteBetul tu! Masjid pun sudah lengang.
Salam Anis.
ReplyDeleteTu la gayanya orang Melayu!
Salam Anis.
ReplyDeleteEsok dah raya!
Selamat Hari Raya.