Saturday, 30 July 2011

SELAMAT BERPUASA

Insya Allah mulai besok orang-orang Islam akan melakukan ibadah puasa wajip.  Di bulan Ramadhan yang mulia ini kita digalakkan menggandakan ibadah kerana ganjaran pahala yang berganda.

Bersempena dengan sambutan Ramadhan Al Mubaraq, saya juga amat mengalukannya.Kepada semua umat Islam saya ucapkan:

SELAMAT MENYAMBUT
RAMADHAN
AL MUBARAQ

Saturday, 23 July 2011

TUKAR JANTINA

Seram juga bila baca ada lelaki nak jadi perempuan pula.  Hebuh juga cerita si polan ini sudah membuat pembedahan menukar jantinanya dan sekarang mahu menukar namanya pula kepada nama wanita.

Konon ceritanya, doktor pun akui hormon badannya mempunyai lebih banyak hormon wanita.  Jadi seolah-olahnya dirinya terperangkap di dalam badan lelaki.

Mengucap panjang kami sekeluarga.  Macam-macam dunia akhir zaman ini. 

Apa yang jelas, hukum Islam melarang mengubah ciptaan Tuhan.  Ini memang telah disahkan oleh Jabatan Agama Islam pun.
 

Tuesday, 5 July 2011

FOBIA PEMBANTU

Sekarang kecuh juga pasal pembantu rumah yang berlagak kasar dan bertindak ganas.  Ini melibatkan pembantu-pembantu Indonesia terutamanya.

Bukan seorang dua bercerita.  Tapi ramai di kalangan saudara-mara dan kawan rakan memberi gambaran yang sama.

Mengikut cerita mereka mengambil pembantu melalaui agensi pekerja melibatkan yuran yang tinggi.  Katanya kos mengambil seorang pembantu adalah antara RM 6000 - 8000.

Kebanyakan pembantu ini tidak cekap.  Kerja-kerja rumah tak beres dan mereka susah diajar dan tak menghormati majikan.

Memang agensi menjanjikan boleh tukar jika tidak sesuai.  Tapi kenyataannya, sukar menukarkan dengan pembantu lain.  Kalau tukar pun tak gerenti itu lebih baik.

Bila dengar cerita ada juga yang bertindak balas kasar dan melawan pun kita sudah rasa takut.  Tambahan lagi kalau mendengar cerita ada yang sampai mencederakan majikan.  Fobia juga dibuatnya.

Monday, 4 July 2011

TUKAR LANGSIR JUGA

Bila ada feedback dari kawan-kawan bahawa blog ni nampak muram, aku pun kena ubah la sikit.  Malas nak dengar mereka menyuarakan berkali-kali.

Jadi hari ini baru cari-cari corak langsir baru.  Banyak yang tak berapa berkenan.  Hujung-hujung inilah hasilnya.  :)