Sudah tiga hari selepas tamatnya American Idol, ramai masih teruja dengan Scotty McCreery. Termasuk diri ini la.
Bukan apa, yang terjadi itu satu petanda. Manusia masih teruja dengan imej suci selain kepakaran dan kebolehan seseorang.
Memang benar Scotty mempunyai aset suara semula jadi yang menjadi kegemaran ramai. Tetapi apa yang lebih menyerlah tentang diri Scotty ialah keperibadiannya.
Scotty melambangkan pemuda yang mempunyai kepercayaan yang teguh dan asuhan yang baik. Dia tidak mudah terbuai dengan pujian.