Sunday, 23 October 2011

TAK SUKER LA

Kenapa pula layoutnya jadi cenggini?  Dah cantik lawa, ditukarkan pula.  Kalau lebih baik, tak apalah juga.  Ini dah lebih teruk pula.

Ingatkan sendiri punya saja buat hal.  Rupanya menyeluruh!  Rasanya la, sebab blog lain yang sempat dilawati tadi juga memberi gambaran sama.

Aduh!  Tak suker la!

Monday, 3 October 2011

MENGELUH SAJA

Sebelum masuk bulan Oktober, wang gaji sudah tinggal separuh.  Mana tidaknya?  Banyak bil kad kredit yang kena bayar akibat berbelanja Raya.

Baru masuk beberapa hari bulan Oktober, hanya suku saja.  Dua minggu lebih lagi barulah dapat gaji baru.

Perit rasanya.  Tetapi tak berdaya nak buat apa.  Hanya mengeluh saja la!

Saturday, 24 September 2011

SYAWAL SUDAH DIPENGHUJUNG

Cepatnya masa berjalan.  Rasa baru saja kita selamat menyempurnakan puasa dan ibadah di bulan Ramadhan.

Punya asyik beraya, hampir sudah empat minggu berlalu.  Kini Syawal pun sudah di penghujungnya.  Tiba-tiba seram pula.  Cepatnya kita menua!

Tuesday, 30 August 2011

HARI RAYA AIDILFITRI

Alhamdulillah, kewajipan Ramadhan sudah dapat dilaksanakan dengan baik. Hari ini kita merayakan kejayaannya pula.

SELAMAT HARI RAYA
A I D I L F I T R I
Maaf batin dan zahir.

Semoga kita akan terus mendapat barakah.  Amin.

Tuesday, 23 August 2011

HARI-HARI TERAKHIR RAMADHAN AL MUBARAK

Minggu ini adalah minggu terakhir bulan Ramadhan tahun ini.  Hanya beberapa hari lagi, bulan yang mulia akan berlalu pergi.  Begitu cepat masa berjalan.

Kalau mengikut riwayat, Nabi Muhammad SAW menghabiskan malam-malam terakhir Ramadhan ini dengan berikhtikaf di Masjid. Jika umah dapat mengikut jejak Baginda, tentulah amat baik sekali.

Tapi kelihatannya kebanyakan orang sudah mula sibuk ke tempat-tempat di mana ada tawaran-tawaran istimewa dilakukan.  Tak cukup siang, membawa sampai ke malam,

Kalau kita pergi ke Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India, jenuh dengan orang saja.  Memang orang-orang Melayu bershopping sakan.  Banyak yang terus berbuka di luar.

Tak cukup dengan itu, semakin ramai pula orang berkunjung ke sana sampai ke awal pagi di minggu akhir ini.  Penuh sesak dibuatnya.  Masjid dan surau pula semakin lengang!

Saturday, 30 July 2011

SELAMAT BERPUASA

Insya Allah mulai besok orang-orang Islam akan melakukan ibadah puasa wajip.  Di bulan Ramadhan yang mulia ini kita digalakkan menggandakan ibadah kerana ganjaran pahala yang berganda.

Bersempena dengan sambutan Ramadhan Al Mubaraq, saya juga amat mengalukannya.Kepada semua umat Islam saya ucapkan:

SELAMAT MENYAMBUT
RAMADHAN
AL MUBARAQ

Saturday, 23 July 2011

TUKAR JANTINA

Seram juga bila baca ada lelaki nak jadi perempuan pula.  Hebuh juga cerita si polan ini sudah membuat pembedahan menukar jantinanya dan sekarang mahu menukar namanya pula kepada nama wanita.

Konon ceritanya, doktor pun akui hormon badannya mempunyai lebih banyak hormon wanita.  Jadi seolah-olahnya dirinya terperangkap di dalam badan lelaki.

Mengucap panjang kami sekeluarga.  Macam-macam dunia akhir zaman ini. 

Apa yang jelas, hukum Islam melarang mengubah ciptaan Tuhan.  Ini memang telah disahkan oleh Jabatan Agama Islam pun.
 

Tuesday, 5 July 2011

FOBIA PEMBANTU

Sekarang kecuh juga pasal pembantu rumah yang berlagak kasar dan bertindak ganas.  Ini melibatkan pembantu-pembantu Indonesia terutamanya.

Bukan seorang dua bercerita.  Tapi ramai di kalangan saudara-mara dan kawan rakan memberi gambaran yang sama.

Mengikut cerita mereka mengambil pembantu melalaui agensi pekerja melibatkan yuran yang tinggi.  Katanya kos mengambil seorang pembantu adalah antara RM 6000 - 8000.

Kebanyakan pembantu ini tidak cekap.  Kerja-kerja rumah tak beres dan mereka susah diajar dan tak menghormati majikan.

Memang agensi menjanjikan boleh tukar jika tidak sesuai.  Tapi kenyataannya, sukar menukarkan dengan pembantu lain.  Kalau tukar pun tak gerenti itu lebih baik.

Bila dengar cerita ada juga yang bertindak balas kasar dan melawan pun kita sudah rasa takut.  Tambahan lagi kalau mendengar cerita ada yang sampai mencederakan majikan.  Fobia juga dibuatnya.

Monday, 4 July 2011

TUKAR LANGSIR JUGA

Bila ada feedback dari kawan-kawan bahawa blog ni nampak muram, aku pun kena ubah la sikit.  Malas nak dengar mereka menyuarakan berkali-kali.

Jadi hari ini baru cari-cari corak langsir baru.  Banyak yang tak berapa berkenan.  Hujung-hujung inilah hasilnya.  :)

Tuesday, 21 June 2011

HARGA KECANTIKAN YANG MAHAL

Memang banyak orang selalu tak puas dengan kecantikan semula jadi anugerah Tuahn.  Sebilangan besar mencari jalan untuk mencantikkan mengikut istillah mereka.

Semalam kita baca bagaimana kebanyakan surgeri kecantikan itu merbahayakan.  Risikonya tinggi kerana tiada kawalan undang-undang dan juga banyak kelonggaran dalam undang-undang yang ada.

Bila berlaku masaalah, mereka yang menjadi mangsa membuat laporan kepada pihak berkuasa dan juga heboh bercerita meminta simpati melalui media.  Mereka mahu pampasan.

Bagi mereka ini sebenarnya adalah jenis manusia yang tak tahu bersyukur dengan apa adanya.  Mereka mahu habuan yang lebih.

Kecantikan semula jadi hanya percuma.  Kalau nak mengambil risiko, mereka seharusnya bersedia menghadapi risko dan harga yang terlalu mahal itu.

Saturday, 11 June 2011

UPDATE SAJA

Aduh!  Lama pula tak buat update!  Asyik sibuk dengan majlis kenduri kendara dan melayan saudara mara yang datang bertandang.

Tahu sajalah cuti sekolah.  Tak jalan jauh pun, kita saling kunjung mengunjung saudara mara yang dekat.

Kemudian masa cuti ini juga la kita sibuk berkunjung ke kompleks membeli-belah.  Kita orang anak-beranak malah pergi ke taman orkid dan burung di ibu kota juga.

Ini kira update juga la!  Hehe.

Saturday, 28 May 2011

AURA SCOTTY McCREERY

Sudah tiga hari selepas tamatnya American Idol, ramai masih teruja dengan Scotty McCreery.  Termasuk diri ini la.

Bukan apa, yang terjadi itu satu petanda.  Manusia masih teruja dengan imej suci selain kepakaran dan kebolehan seseorang. 

Memang benar Scotty mempunyai aset suara semula jadi yang menjadi kegemaran ramai.  Tetapi apa yang lebih menyerlah tentang diri Scotty ialah keperibadiannya.

Scotty melambangkan pemuda yang mempunyai kepercayaan yang teguh dan asuhan yang baik.  Dia tidak mudah terbuai dengan pujian.

Saturday, 21 May 2011

ALFATIHAH & DOA

Anis turut bersimpati di atas nasib mangsa-mangsa tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim di Hulu Langat.  Sekarang sah 16 orang meninggal, dan sembilan lagi cedera.

Al Fatihah untuk semua yang telah meninggal.  Semoga roh mereka dicucuri rahmat.  Insya Allah, rahmat terbaik menanti mereka di Sana.

Untuk yang cedera, marilah kita sama-sama berdoa untuk mereka yang cedera.  Sedih yang kita rasa, tapi sakit derita untuk mereka.  Semoga dengan doa kita,  mereka akan segera pulih sepenuhnya.  Amin.

Sunday, 15 May 2011

WRONG FOOTING

A few of my friends were joking that we started off on wrong footing.  Mana tidak ramai dikejutkan dengan masaalah serius di Blogger.com.

I was about to type an entry when the problem surfaced.  I abandoned it la.  Then I waited for things to return to normal.  Berhari pula problem tu.  Langsung hilang idea.

Thursday, 5 May 2011

REGISTERED AS A BLOGGER

Today Im a registered blogger.  I hope to explore my thinking and perhaps get better insight of things.

I have very few friends.  So if I could a few more friends in this virtual world, I would be happy.  Perhaps they would help me get a better understanding of things too.